Thursday, December 2, 2010

hot drama baker king,kim takgu & my girlfriend is a gumiho




Nih la antara citer korea terbaik n dapat rating tertinggi di negara asal dorg...dua2 citer nih aku da tgk da,mmg terbaek la,ade kelainan kat setiap jln penceritaan dia,da tuh soundtrack dia pon best gak,if korg nak cari lagu dia leh la download kat 4shared,ade byk yg best2....aku da abis da download sumer lagu2 die...hehe penuh da mp3 aku nih...

Korang ade x yg da tgk playfull kiss/itazurana kiss versi korea, drama nih ade 3 versi iaitu taiwan,korea n jepun.Aku da tgk da sumer versi itazurana kiss nih,tp yg terbaek la bg aku ialah versi taiwan, sbb garapan die terbaek n x bohsan bile layan, tp bile aku tgk versi korea yer, adoii sungguh keciwa sbb aku mmg minat kat kim hyun joong tuh,kalo bkn kim hyun joong yg berlakon mmg aku x tgk langsung. sbb citer die cam sinopsis,wat drama mcm melepaskn batuk di tangga jew,setiap babak cam x berkesan,tp nasib bek la pic die cantik...

Ok next DVD yg kene beli lak ialah secret garden,yg penting ade hyun bin n ha ji won..kompom citer nih best..hehe tp lambat lg kowt nak kua sal kat korea masih x habis tayang lg,hope cepat la sikit kua,x sabar da mau tgk dorg..

Sunday, November 28, 2010

otak-otak yg terperam...


Pada zaman yg semakin canggih nih,sepatutnye minda manusia biasa ikut selari dgn perkembangan teknologi semasa yg lebih bersifat terbuka dan berfikiran yg bukan seperti katak di bawah tempurung. tetapi,kenapa pada zaman yg serba canggih ini,masih ramai yg bersifat yg seperti katak di bawah tempurung?! apakah faktor yg membuat mereka sebegitu. Aku berpendapat bahawa mereka2 ini sebenarnya tidak pernah mahu membuka minda mereka2 serta tidak pernah mahu melihat perkara2 yg sentiasa terjadi setiap hari itu sbg 1 pelajaran dan mengagungkn diri sendiri sbg yg terbaik dan sentiasa yg sempurna kerana tidak terperasan diri membuat salah. aku di dlm hati hanya mampu ketawa terbahak2...betapa ceteknye pemikiran org2 itu...haha(gelak besar)tapi,dlm pada masa same aku kesian melihat bebuduhan mereka2 itu yg teryata tidak mempunyai akal yg panjang sebab,hanya tahu menurut kata hati.."ikot kata hati ,mati"..so sbg rakyat yg baik,aku nak ckp pada sesape yg bace post nih dan terperasan aku nganjing dia,aku bkn nak ngnjing tp nak suh ko tgk diri ko 2 tol2...nak suh ko berfikir sikit supaya x jd katak bawah tempurung...

Sunday, October 10, 2010

1 National Service PLKN: Pengenalan blog 1 National Service PLKN

1 National Service PLKN: Pengenalan blog 1 National Service PLKN: "Salam perpaduan, salam 1 Malaysia, Semenyih, Kajang 9 Okt 2010: Semalam, kira-kira seramai 200 pelatih telah membanjiri Kem Setia Ikhlas d..."

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sedar x sedar dah hampir sebulan umat islam berpuasa. Dikesempatan nih aku menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranye ade terkasar bahasa dan terlanjur perbuatan yg menyebabkn sahabatku sekalian berkecil hati.... Aku hanya manusia biasa!!

Monday, August 9, 2010

menang atau kalah

Aku ada kawan,tapi aku dan kawan aku ni x sependapat,dia nih berfikiran yang tidak seperti aku,dan aku tidak berfikiran seperti dia..nak dikatakan bahawa aku dan dia memang selalu tidak sependapat,tetapi kami masih boleh berkawan baik.pada satu hari yang tidak best itu,aku bertekak denganya perihal sukan kegemaran aku, iaitu berenang. dia cakap berenang 2 berdosa...berdosakah? mungkin dia fikir aku pergi berenang itu hanya memakai bikini kot! yup kalo aku betul2 pakai bikini 2 maknanya aku mmg berdosa.dan lagi dia berkata bahawa berenang adalah sukan yg tidak berguna dan tidak mendatangkn hasil. ayat itu membuatkn aku agak marah.ok! aku stop daripada bertekak dengannya buat seketika,dan memberitahu diri mungkin dia ini tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang sukan renang.hati aku berkata maafkn la dia. kadangkala,kita x perlu bertekak kerana benda yg sebegini,setiap manusia ade pendapatnya sendiri.dan ada pepatah mengatakan bahawa pendapat setiap orang itu tidak ada yg salah. jadilah diri sendiri.


Pada hari baik dan bulan baik ini. Aku memohon maaf sekiranya ade yg tidak berpuas hati dengan corak penulisan aku nih..
aku hanya manusia biasa... ^__^

Wednesday, June 23, 2010

ku katakan dengan indah



pemberian seorang sahabat kepadaku...

tidak diketahui ape maksud yg tersirat disebalik
lirik dan lagu ini...

otak ini cuba juga untuk mentafsir...
hurmm...payah juga nak tahu isi hati orang kan...
tp bg aku,walau siapa pon org 2 walau apepon kesalahan dia pada aku,
aku tetap akan maafkan dia...
tiada sebab untuk membenci...
itu hanya dugaan kecil..
sekadar mendewasakan diri yg kadang kala kebudak-budakan..

kepada sahabat...
thanks for everything...

Tuesday, June 22, 2010

cinta apa hasilnya?

aaghhhh....

cinta..cinta..cinta...

kata orang cinta itu indah,
ada juga kata orang cinta itu pahit,
lazatnya cinta bagai menikmati sekeping coklat cadbury,
ada manis dan pahit..

kata abah tentang cinta..

tidak perlu patah hati sekiranya,cinta tidak ada lagi..

kata mama tentang cinta..

bercintalah selepas ada ikatan yang sah..

aghhh...

cinta itu buta,
cinta itu penerimaan,
cinta itu sempurna,
dua menjadi satu..

cinta itu satu keajaiban..

aku seekor kucing pasar


meoww...meoww...

"laparnya perut ini,tidak adakah manusia yang baik hati mahu memberikan makanan padaku?!" rintih seekor kucing pasar yang comot dan kurus kering..

meoww..meoww...

"aduh,salahkah aku meminta sedikit makanan darimu wahai manusia,perlukah aku diherdik dan dipukul" rintih seekor kucing pasar yang comot dan kurus kering..

meoww..meoww...

"apakah salahku,adakah kerana aku hanya seekor kucing pasar?" rintih seekor kucing pasar yang comot dan kurus kering...


meoww..meoww..

ketahuilah wahai manusia,berbuat baiklah sesama hidupan...
hanya kebaikan mengatasi kejahatan..

Monday, June 21, 2010

Hari Hari yang gembira




pusat akuatik Shah Alam..

huhuuhu...skg ni mmg dah tiap2 mgu pergi pusat akuatik nih
konon2 nak bersukan la...nak kuruskan badan yg semakin ari semakin kembang nih..
so aku pilih sukan air la...best sambil keluarkan peluh sambil men air skali...
setelah dua minggu berenang,aku merasakan lengan aku seperti berotot...peghhh!!
tu bru g dua minggu je,belum g pergi berminggu2...mesti badan aku leh jadi cam jessica alba..hahaha(mengarut)...

actualy aktiviti berenang ni memang baik..lebih baik dari berjoging
pasal semasa membuat renangan kte menggunakan semua anggota badan..
so kalo tol2 nak kurus,mesti la rajin2 g berenang..